Pada zaman globalisasi ini, ICT memainkan peranan penting di sekeliling kita. Penggunaan ICT banyak memberi manfaat dalam bidang pendidikan. Guru sebagai pengajar dalam bilik darjah perlu giat menggunakan ICT dalam p&p. Dengan penggunaan ICT, guru dapat mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik. Sementara itu, pelajar dapat memberi tumpuan apabila p&p dilaksanakan.
ICT dan guru

P009- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°2
Re: ICT dan guru
Pada pendapat saya, penggunaan ICT amat penting pada masa sekarang kerana pelbagai manfaat yang kita boleh perolehi daraipadanya. Penggunaan ICT dalam sesi pembelajaran amat diperlukan oleh pendidik-pendidik. Seperti yang kita ketahui, dengan penggunaan ICT kepada para pelajar, akan memberikan minat kepada mereka untuk terus memberikan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada zaman yang serba canggih ini, para pelajar amat tertarik sekiranya mereka dapat melihata pelbagai cara atau teknik yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran.

P011- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°3
Re: ICT dan guru
penggunaan ICT dalam proses Pembelajaran & pengajaran P&P sememangnya amat penting terutamanya pada dunia masa kini. Bidang pendidikan memerlukan penggunaan ICT untuk membantu memudahkan proses P&P di dalam kelas. Sesi pengajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan pelajar dapat menerima sesuatu ilmu yang disampaikan dengan lebih mudah dan mereka akan lebih mudah untuk memahami sesuatu ilmu yang disampaikan.

P010- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°4
Re: ICT dan guru
Penggunaan ICT dalam P&P di sekolah amat penting pada masa sekarang kerana melalui penggunaan ICT di sekolah pelajar didedahkan mengenai teknologi komputer pada usia yang lebih awal. Ia akan memberi manfaat kepada guru mahupun pelajar. Di sini, pelajar akan lebih bijak dalam menggunakan teknologi-teknologi berasaskan komputer dan kemahiran ini akan dibawa ketika mereka bakal menjejakkan ke pusat pengajian tinggi yang pada masa kini amat mementingkan penggunaan teknologi komputer.

P012- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°5
Re: ICT dan guru
Pada pendapat saya, penggunaan ICT sangat penting terutamanya kepada guru, ini disebabkan, guru memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar-pelajarnya dalam mempelajari teknologi disebabkan perubahan zaman yang semakin moden dan teknologi yang semakin pesat memerlukan guru dan pelajar yang celik ICT. Oleh itu penggunaan ICT haruslah diterapkan dalam diri guru terlebih dahulu sebelum peljarnya. Jadi guru haruslah peka kepada penggunaan ICT.

P013- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°6
Re: ICT dan guru
penggunaan ICT sangat penting pada zaman sekarang terutamanya dalam bidang pendidikan. ICT memberi manfaat dan pengetahuan yang sangat berguna kepada masyarakat kerana terdapat pelbagai maklumat dan membantu masyarakat dalam menjalankan kerja-kerja harian terutamanya guru. Ia dapat dipraktikkan oleh guru disekolah dalam membantu proses p&p dan menggalakkan guru untuk lebih kreatif serta menjana idea-idea yang baru ketika mengajar. Dengan ini pelajar tidak akan merasa bosan dan akan lebih memberikan perhatian kerana teknik atau kaedah pengajaran yang digunakan menarik minat mereka.

P014- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°7
Re: ICT dan guru
pada pandangan saya, penggunaan ICT sangat membantu guru dalam proses P&P mereka. hal ini adalah kerana pengguanaan ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran tersebut dan secara tidak langsung sistem oendidikan di Malaysia adalah seiring dengan kemajuan arus globalisasi dunia.

P002- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°8
Re: ICT dan guru
guru dan ict memang sejajar... so untuk guru-guru yang berada di luar sana dan mungkin juga bakal guru seperti saya... tingkatkan pengetahuan ICT anda K!!!

001- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°9
pendapat saya
saya merasakan ict dan guru ini sangat berguna kepada semua guru di sekolah kerana ianya boleh membantu para guru menyiapkan kerja dengan teratur dan sistematik. di samping itu, ict juga boleh membantu para guru mencari bahan-bahan yang berguna bagi sesi pengajaran di bilik darjah.

P008- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°10
Salam Ramadhan ICT
di bualan ramadhan yg barakah ini, penggunaan ICT memberi implikasi yang positif di kalangan guru-guru di seluruh dunia. Sejajar dengan itu, ICT dapat melahirkan warga guru yang bitara mengikut arus pemodenan duniawi. Segala proses pembelajaran dan pengajaran para pelajar dilakukan dengan hanya mengekses ICT dihujung jari sahaja. ternaya ICT dan guru merupakan satu kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dewasa ini.....

P003- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°11
Re: ICT dan guru
pada pendapat saya, ict merupakan satu teknologi yang sangat penting pada masa kini.

P015- Posts: 1
Join date: 2010-08-26
- Post n°12
Re: ICT dan guru
Di era globalisasi ini, penggunaan ICT sangat meluas terutamanya dalam bidang pendidikan sejajar dengan perkembangan teknologi. Guru seharusnya menguasai kemahiran-kemahiran ICT kerana penggunaan ICT di bilik darjah adalah penting. Contohnya, penggunaan LCD projektor sangat penting dalam mata pelajaran sains seperti fizik,kimia dan biologi dimana memudahkan guru mengajar dengan berpandukan slaid-slaid bergambar agar memudahkan pemahaman pelajar.

P016- Posts: 1
Join date: 2010-09-01
- Post n°13
Re: ICT dan guru
pada pendapat saya, penggunaan ict di kalangan guru-guru sangat penting pada zaman globalisasi sekarang. melalui penggunaan ict, guru-guru dapat menambahkan ilmu mengenai pendidikan dan persekitaran P&P di dalam kelas juga akan bertambah meriah. pelajar lebih berminat sekiranya pengajaran yang di berikan oleh guru-guru banyak berunsurkan lawak dan lebih menggunakan pergerakan animasi berbanding dengan pembelajaran yang hanya menggunakan suara. hal ini juga, kerana sekarang merupakam dunia yang serba kemodenan dan banyak menggunakan peralatan yang serba canggih.oleh itu penggunaan ict amat diperlukan oleh semua guru-guru di sekolah.

P017- Posts: 1
Join date: 2010-09-01
- Post n°14
Re: ICT dan guru
Dalam menuju era globasisi, seharusnya guru memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu dalam bidang ict. Kepkaran seseorang guru dalm bidang ict secar tidak langsung akan membantu guru tersebut untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.Penggunaan ict sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, ianya dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari dan memahami sesuatu subjek terseut.Bidang ICT juga penting untuk guru mengakses maklumat tambahan untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dalam kelas.Diharapkan , bidang ict dapat membantu para guru dalam melahirkan generasi celik it pada masa hadapan seiring dengan kemajuan negara.

P019- Posts: 1
Join date: 2010-09-01
- Post n°15
Re: ICT dan guru
ict dan guru...tidak dapat dipisahkan antara dua peranan mereka.hal nie kerana ict dan guru saling melengkapi dalam melahirkan insan yg cemerlang

